Profil Sekolah

Visi

SK Pekan II W.P.Labuan melaksanakan 
pendidikan berkualiti insan terdidik
negara sejahtera. 


Misi

SK Pekan II W.P Labuan 
melestarikan sistem pendidikan yang 
berkualiti untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara.



Piagam Pelanggan

Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Pekan Dua, Wilayah Persekutuan Labuan berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:-
MURID :
1. Memastikan semua  murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
2. Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
3. Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.
4. Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan/permainan.
5. Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa / penjaga.
STAF :
1. Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2. Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.
WARIS :
1. Setiap waris yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
2. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
3. Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah aakn dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
KEMENTERIAN PELAJARAN / JABATAN PELAJARAN :
1. Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian / Jabatan diambil tindakan segera selewat-lewatnya 3 hari selepas surat / arahan diterima.


Lencana



       Lencana sekolah melambangkan identitinya tersendiri. Bentuknya bermotifkan sebuah perisai yang mana di dalamnya tercatat nama sekolah dan peta Pulau Labuan bernombor 2 menggambarkan lokasi sekolah.
Peta Pulau labuan diapit dengan lambang padi menggambarkan keharmonian nilai yang perlu diamalkan seperti resmi padi “makin tunduk makin berisi”.
Bentuk bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Di dalamnya tertera cogan kata sekolah “USAHA HINGGA JAYA” dan di atas lambang padi tersergam nama sekolah “SRK PEKAN DUA LABUAN”. Nama SK Pekan Dua diperolehi daripada angka 2 dalam peta Pulau Labuan dan SRK ditukar kepada SK.

WARNA
Warna yang terdapat dalam lencana sekolah SK Pekan Dua ialah warna merah, putih, hijau dan kuning. Warna-warna ini mempunyai maksud yang tersirat di samping keindahan gabungan warna tersebut. Di bawah ini dinyatakan tafsiran warna-warna yang terdapat dalam lencana sekolah ini.

MERAH
Menandakan keberanian, keazaman, kecekalan dan ketrampilan murid-murid serta guru-guru untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah di mata masyarakat.

PUTIH
Melambangkan ketulusan dan kesucian hati para pendidik dalam menabur bakti mendidik anak bangsa menjadi rakyat yang berguna di masa akan datang.

HIJAU
Melambangkan keagamaan dan kesempurnaan masyarakat sekolah dalam mengamalkan agama masing-masing tanpa ada halangan dari mana-mana pihak.

KUNING
Melambangkan disiplin dan sopan santun di mana murid-murid dilatih dan diajar dengan didikan agama dan moral supaya mereka dapat mendisiplinkan diri serta bersopan santun terhadap sesiapa sahaja sama ada ketika di sekolah mahupun di luar waktu sekolah.


Bendera Sekolah


PENGERTIAN

Bendera sekolah S.K. Pekan II mempunyai tiga (3) jalur melintang yang sama lebar yang berukuran 75cm x 135cm. Bendera ini mempunyai kombinasi warna merah (jalur atas), kuning (jalur tengah) dan hijau (jalur bawah) yang melambangkan warna lencana sekolah. Di tengah bendera tersebut terletak lencana sekolah yang menjadi simbol dan lambang Sekolah Kebangsaan Pekan II.

MERAH
Warna merah melambangkan warga S.K. Pekan II sedia menerima cabaran dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar.

PUTIH
Warna putih melambangkan di sekeliling lencana sekolah melambangkan murid-murid yang diumpamakan seperi kain putih yang perlu dicorakkan yang bakal menjadi manusia yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

HIJAU
Warna hijau melambangkan nilai-nilai murni dalam agama menjadi pegangan hidup bagi warga S.K. Pekan II.

KUNING
Warna kuning melambangkan keceriaan, disiplin, kesopanan, kesusilaan serta keharmonian dalam satu keluarga bagi warga S.K. Pekan II dalam membuat keputusan atau kerja yang diamanahkan.


 Lagu SK Pekan II

Gedung ilmu berjasa
Melahirkan warga berjaya
Membentuk peribadi mulia
Menjadi pemimpin berwibawa

Berbilang bangsa dan agama
Menimba ilmu setiap masa
Pendidik membantu mencerna minda
Itulah Sekolah Pekan Dua

Berbudi bahasa pekerti terpelihara
Pesanan ibu bapa dijaga
Bimbingan guru tidak dilupa
Disanjung dipuja sepanjang masa

Di bidang ilmu sukan dan aktiviti
Sentiasa berjaya menonjol diri
SK Pekan 2 namamu termetri
Gemilang namamu umpama mentari

Menggilap seni dan olahraga
Jadi pelajar yang bijak bestari
Guru berjasa tidak dilupa
Meninggi martabat namamu harum abadi
Meninggi martabat namamu harum abadi

GEMILANG!!!



Ikrar SK Pekan II

Bahawasanya Kami
Murid-Murid S.K. Pekan II
Dengan Ini Berikrar

Kami Akan Sentiasa
Cinta Dan Berbangga
Menjaga Dan Meninggikan
Nama Baik Sekolah

Kami Akan Sentiasa
Belajar Bersungguh-Sungguh
Untuk Mencapai Kejayaan
Di Dalam Pelajaran

Kami Akan Sentiasa
Taat Dan Patuh
Kepada Ibu Bapa Dan Guru-Guru Kami

Kami Akan Sentiasa
Berbudi Bahasa
Jujur Dan Amanah
Serta Menjaga Keselamatan
Harta Benda Sekolah
Demikianlah Ikrar Kami


1 comment :

Unknown said...

Hi,

SCHOOL HOLIDAYS ADVENTURE Program. Let your children have some fun and learn everything visually. IMMERSIVE LEARNING through VIRTUAL REALITY, would be great experience for the kids to travel to the space station, learning human and animals anatomy, Understanding plant cells, and some fun games as well. Learning through Fun.

Register Now.

Introductory offer 50% less.

Only limited seats available. Don't miss the chance.
@https://goo.gl/forms/AbB4mm2ia3pSwQp52

Contact us at (012) 673-4331 | (012) 661-4856 or dappadrama@gmail.com

Thank you
Best Regards,
Raji.